Friday, August 14, 2009

DIAM!





Kau cakap kau miskin,

Ada rumah cukup makan cukup pakai,

Merungut tentang hidup kau dengan yakin,

Nyaring suara kau lantas sepi terlerai.


....


Bingit telinga mendengar rintihan kau,

Diam kau!


Izinkan aku membidas.


Buka mata lihat keliling kau,

Ada pakcik tua mengemis di jalanan,

Meminta dengan pandangan menjangkau,

Kerana tiada kaki tiada tangan

Sepi, hanya hati tersentuh haru,

Sepi, tiada bunyi dari si tua itu.


....


Lihat lagi keliling kau,

Si ibu buta dengan bayi digendong,

Merempuh hari-hari yang mendatang,

Tangisan si bayi menceriakan si ibu yang mengendong,

Sekurang-kurang nya,

Bernyawa lagi mereka menjalani hidup hari ini.


Diam kau,

Suara kau menenggelamkan rintihan mereka!


Diam kau!

Suara kau menghina mereka yang berusaha,


Diam kau!

Kerna orang macam kau mereka ditindas.


Kau, merintih kerana ditinggal kekasih,

Merintih kerana diri terpaksa menaiki bas,

Merintih kerana dimarahi ibu-bapa,

Kau, berpaling bila makanan tidak enak,

Tidak semewah yang kau idamkan,

tidak menepati rasa kau,

terus kau sambung merungut.


Bising.


Diam kau.


Mls aku melayan.