Tuesday, February 8, 2011
pengorbanan.
tanggungjawab.
kebebasan.
pengalaman.
hidup.
memandang langit yang gelap
ketiadaan bintang-bintang kabur dek asap
melayang fikiran memikirkan ketidakpastian
aku,
tidak kenal aku.
Kosong. Jiwa dan minda.
tenang? Jauh dari sangkaan.
kusut? Mungkin.
Rimas? Harus.
Yang pasti aku tak pasti.
Kemana hilang diri yang dulu
baik dan buruk
baik mengatasi buruk
kemudian,
buruk yang hilang
seolah merobek sebahagian diri
bahagian yang terbiar kosong tak ter-isi
kemudian bergema diiringi sepi
dan lagi kemudian,
otak melayang pergi
itu,
tunggu hari aku kongsi.
Friday, August 14, 2009
DIAM!
Kau cakap kau miskin,
Ada rumah cukup makan cukup pakai,
Merungut tentang hidup kau dengan yakin,
Nyaring suara kau lantas sepi terlerai.
....
Bingit telinga mendengar rintihan kau,
Diam kau!
Izinkan aku membidas.
Buka mata lihat keliling kau,
Ada pakcik tua mengemis di jalanan,
Meminta dengan pandangan menjangkau,
Kerana tiada kaki tiada tangan
Sepi, hanya hati tersentuh haru,
Sepi, tiada bunyi dari si tua itu.
....
Lihat lagi keliling kau,
Si ibu buta dengan bayi digendong,
Merempuh hari-hari yang mendatang,
Tangisan si bayi menceriakan si ibu yang mengendong,
Sekurang-kurang nya,
Bernyawa lagi mereka menjalani hidup hari ini.
Diam kau,
Suara kau menenggelamkan rintihan mereka!
Diam kau!
Suara kau menghina mereka yang berusaha,
Diam kau!
Kerna orang macam kau mereka ditindas.
Kau, merintih kerana ditinggal kekasih,
Merintih kerana diri terpaksa menaiki bas,
Merintih kerana dimarahi ibu-bapa,
Kau, berpaling bila makanan tidak enak,
Tidak semewah yang kau idamkan,
tidak menepati rasa kau,
terus kau sambung merungut.
Bising.
Diam kau.
Mls aku melayan.
Monday, July 27, 2009
Bangunkan aku, aku ingin bernafas.
Lelah terpaku mencari erti,
pergorbanan solah tiada pengakhir,
Luluh terhapus semangat diri,
menanti penamat yang semakin meminggir.
terkapai kapai menyambut bayang samar,
yang membuatku sepi terdampar.
Dengarkah kau?
Mengerti kah kau?
Menyanjungimu membuat diri kecewa,
hambar perit terdiam diri merana,
Menari keriangan mentertawakan diri,
terasa seperti badut menangis sendiri.
Pedulikah kau?
Berusahakah kau?
Atau aku sendiri?
terkurung dalam kegelapan.
Kerna aku pastinya tak mampu,
bergelak tawa membiar smua tertipu,
aku tak sanggup lagi,
smua mimpi mimpiku hanyalah ngeri,
aku xterdaya,
aku penat,
mengeluh sendiri.
menangis sendiri.
menyalahkan diri.
kerna bukan salah aku,
ingin saja aku lepaskan smua,
tapi aku xterdaya.
biarpun aku mahu..
aku tak terdaya.
Mengertikah kau?
Terperi
Menanti sesuatu yang tak pasti,
berlari tanpa sebarang destinasi,
kecundang menghadapi kekecewaan,
mengundang gusar terhapus harapan,
mengejar jejak umpama bayang,
halusnya langkah pupus berlayang.
Gema-gemaan keriangan tawa,
punah bersama harapan dunia,
keluhan noda menghantui seram,
membatasi rasa yg kian mencengkam,
meratapi diri bersujud sayu,
mendendangkan irama tidak berlagu.
Helaan nafas semakin rancak,
menanti berakhirnya segala rentak,
terpacak berdiri kaku dan sendiri,
umpama bumi tiada mentari,
menuju melangkah apa jua,
setiap langkah kembali berwarna.
Menanti sesuatu yg tak pasti,
abaikan detik yg takkan kembali,
menikmati waktu yg bakal mendatang,
mengaburi setiap yg menentang,
daya terkumpul bagai kembali bernyawa,
mengingati semula gemaan tawa.
Helaan nafas semakin rancak,
teguh berdiri segak kacak,
cukuplah sudah meratapi kesal,
berhentilah sudah menyuarakan sesal,
pulihkan diri kembali berjuang,
bernafaslah semula membuka ruang.
Dunia. Dengarkah kau?
Herrrmm..
keluh.
gusar.
xterkata.
hati membisikkan kata.
aku..
hanya manusia..seperti kata yg lain. ada apa yg berbeda? Hati.
Mereka hanya manusia..seperti yg lain..mulut mengata tanpa berfikir.
aku hanya manusia..seperti lain aku mencari.
mereka pun hanya manusia..tetapi kenapa sukar mengerti.
datang dan pergi dikatakn lumrah..
mengapa hati yg dicalar tiada istilah?
mencari bukan yg sempurna,
ada apa yg sempurna di dunia dan macam mana yg dikira sempurna?
hati org mana dapat baca..
hati org sentiasa berubah..
hari ini bisikkan kata2 indah hanya untukku yg dijanjikn..
mengapa esok harinya..
tangan perempuan lain digengamnya erat..
hidup membuatku tahu..
bahawa semakin tinggi harapan..
semakin sakit terasa hati apabila ia punah..
aku berhenti berharap..
tp xpnah berhenti mencari..
setiap yg datang..
aku tahu akan pergi..
menghalang?penat.malas.
biar saja ia pergi..pasti..akan ada yg lebih baik..
kata org..
aku hanya hawa yg boleh dipungut dimana jalan saja..
bagi aku..
org tu hawa yg pasti seksa didera di akhirat..
dayus!
pasti aku diam sahaja..
untuk apa bertekak dgn org yg bersifat binatang,
mempunyai otak tnpa akal fikiran..
simpati..
untukku pada mu.
menjatuhkn org lain untuk merasa hebat.
air liur aku tidak pantas dibazirkn untuk org seperti kamu..
adam..
kamu menggangap aku boneka..
tnpa hati dan perasaan..
maka..
bg ku..
kau hanya mainan..
yg harus dibuang byla dh rosak..
xberbaloi untuk dibaiki..
dunia ini tidak pernah akan adil..
jadi pantaskah?kita..manusia mengadili org laen?
penat..lelah menjadi mangsa..
bg ruang aku berkuasa..
biar kau tahu..
aku pun sama..
boleh memberi dan mengambil...
Tentang Hati
Hati?
..berdegup..mengepam,tapi tanpa darah,hanya oksigen.Hati tanpa darah? kaku kebas kebal dan tak bernyawa. Menjadi kebal atas tikaman pisau yang menusuk terus ke lubuk hati. Ditikam, ditusuk dan ditambah cuka. Darah membanjiri tubuh tapi hati?..ditingal..kosong, bergema tanpa ruang. Setiap gelak tawa menjadi topeng buat kepedihan dan luka yang dirasai. Setiap senyuman yang terpapar di muka untuk mengaburi pandangan ramai supaya tidak ada yang memberi simpati. Lelah,penat dan lesu..hidup tanpa hati yang sempurna, tapi di dunia..ada apa yang sempurna? Mencintai sepenuh hati sehingga kesakitan yang merempuh hampir membuatkan diri seakan akan bangunan yang kehilangan tiang utama.Mencintai sehingga disakiti,kemudian...cinta dijadikan mainan untuk mengelak keperitan. Mencintai itu untuk menyakiti..Tetapi..cinta itu dadah.buruk.tapi tetap dicari ramai dan kemudian menjadi satu ketagihan. Hidup dengan hati yang kebal? Anugerah pelakon terbaik di gengaman. Senyum tetapi menangis? penat, tak berdaya, lesu, ingin segera berakhir? Menunggu masa. Setiap detik, setiap hari, sepenuh masa tanpa rasa jenuh. Melupakan? parut terpampang!
aku kata..
cinta itu hanya mainan,
cinta tak mungkin buta,
kerana walaubagaimanapun mata hati kita yang memilih,
bodoh,
kerana biarpun disakiti,ditipu,tetapi hati tetap menyayangi,
mencintai,
dan akhir sekali cinta itu..
terlampau bahaya.
Sunday, July 26, 2009
Kepongpong Ingin Menjadi rama-rama.
Terkurung aku.
sesak.
Tersekat aku.
rimas.
Terkongkong aku.
terhad.
Bebasnya mereka,
mewarnai hidup mereka.
mengembangkan sayap mereka.
mencari erti hidup sendiri.
Aku pun pingin kehidupan begitu,
aku pun ingin merasa tiupan angin,
Inginkan merasa pahit dan suka hidup.
Aku mengerti,
aku disayangi dan dijaga rapi,
tetapi lihat,
sudah tiba masa metamorphosis,
kesakitan menahan ruang yang kian menyepit,
boleh kah?
izinkan kepongpong menjadi rama-rama?
Friday, June 12, 2009
Aku Aku dan Aku.
aku bukan dilahirkn utk membuat org ketawa dan gembira sentiasa,
aku xmampu memuaskan hati semua org,
aku tidak dilahirkan utk bebas dari kesilapan,kerana itu, aku adalah manusia..
aku tak mampu utk sentiasa tertawa riang,berceloteh girang, kerana..
dan..
aku tak terdaya utk sentiasa memikirkn tentang org lain..kerana...
Setiap benda tidak akan kekal sama, masa,tempat dan suasana sering menghanyutkan manusia. Seperti ombak dilaut..tikala ditiup angin kencang..berombak dan berkocak lah ia.
Kadang kala, kita memilih jalan yg dianggap terbaik utk diri kita..tetapi antara sedar atau tidak..setiap keputusan tidak semestinya mampu menggembirakan semua pihak.Ada kala..ada pihak yg terluka.
aku penat. bukan utk hidup, tapi penat..untuk mnjalani likunya. Aku letih. kerana aku rasa..semakin hari fikiran aku semakin kusut dek diisi segala kekalutan dunia yg tidak dapat aku hindar atau sembunyi dari. sekiranya aku mengibaratkan diri aku sebagai sebuah komputer..jujur aku katakan..
RAM= fully loaded.