Hati?
..berdegup..mengepam,tapi tanpa darah,hanya oksigen.Hati tanpa darah? kaku kebas kebal dan tak bernyawa. Menjadi kebal atas tikaman pisau yang menusuk terus ke lubuk hati. Ditikam, ditusuk dan ditambah cuka. Darah membanjiri tubuh tapi hati?..ditingal..kosong, bergema tanpa ruang. Setiap gelak tawa menjadi topeng buat kepedihan dan luka yang dirasai. Setiap senyuman yang terpapar di muka untuk mengaburi pandangan ramai supaya tidak ada yang memberi simpati. Lelah,penat dan lesu..hidup tanpa hati yang sempurna, tapi di dunia..ada apa yang sempurna? Mencintai sepenuh hati sehingga kesakitan yang merempuh hampir membuatkan diri seakan akan bangunan yang kehilangan tiang utama.Mencintai sehingga disakiti,kemudian...cinta dijadikan mainan untuk mengelak keperitan. Mencintai itu untuk menyakiti..Tetapi..cinta itu dadah.buruk.tapi tetap dicari ramai dan kemudian menjadi satu ketagihan. Hidup dengan hati yang kebal? Anugerah pelakon terbaik di gengaman. Senyum tetapi menangis? penat, tak berdaya, lesu, ingin segera berakhir? Menunggu masa. Setiap detik, setiap hari, sepenuh masa tanpa rasa jenuh. Melupakan? parut terpampang!
aku kata..
cinta itu hanya mainan,
cinta tak mungkin buta,
kerana walaubagaimanapun mata hati kita yang memilih,
bodoh,
kerana biarpun disakiti,ditipu,tetapi hati tetap menyayangi,
mencintai,
dan akhir sekali cinta itu..
terlampau bahaya.
No comments:
Post a Comment