Monday, July 27, 2009

Bangunkan aku, aku ingin bernafas.






Lelah terpaku mencari erti,
pergorbanan solah tiada pengakhir,
Luluh terhapus semangat diri,
menanti penamat yang semakin meminggir.
terkapai kapai menyambut bayang samar,
yang membuatku sepi terdampar.

Dengarkah kau?
Mengerti kah kau?

Menyanjungimu membuat diri kecewa,
hambar perit terdiam diri merana,
Menari keriangan mentertawakan diri,
terasa seperti badut menangis sendiri.

Pedulikah kau?
Berusahakah kau?

Atau aku sendiri?
terkurung dalam kegelapan.

Kerna aku pastinya tak mampu,
bergelak tawa membiar smua tertipu,
aku tak sanggup lagi,
smua mimpi mimpiku hanyalah ngeri,
aku xterdaya,
aku penat,
mengeluh sendiri.
menangis sendiri.
menyalahkan diri.

kerna bukan salah aku,
ingin saja aku lepaskan smua,
tapi aku xterdaya.
biarpun aku mahu..

aku tak terdaya.
Mengertikah kau?

Terperi





Menanti sesuatu yang tak pasti,
berlari tanpa sebarang destinasi,
kecundang menghadapi kekecewaan,
mengundang gusar terhapus harapan,
mengejar jejak umpama bayang,
halusnya langkah pupus berlayang.

Gema-gemaan keriangan tawa,
punah bersama harapan dunia,
keluhan noda menghantui seram,
membatasi rasa yg kian mencengkam,
meratapi diri bersujud sayu,
mendendangkan irama tidak berlagu.

Helaan nafas semakin rancak,
menanti berakhirnya segala rentak,
terpacak berdiri kaku dan sendiri,
umpama bumi tiada mentari,
menuju melangkah apa jua,
setiap langkah kembali berwarna.


Menanti sesuatu yg tak pasti,
abaikan detik yg takkan kembali,
menikmati waktu yg bakal mendatang,
mengaburi setiap yg menentang,
daya terkumpul bagai kembali bernyawa,
mengingati semula gemaan tawa.


Helaan nafas semakin rancak,
teguh berdiri segak kacak,
cukuplah sudah meratapi kesal,
berhentilah sudah menyuarakan sesal,
pulihkan diri kembali berjuang,
bernafaslah semula membuka ruang.

Dunia. Dengarkah kau?




Herrrmm..

keluh.
gusar.
xterkata.

hati membisikkan kata.
aku..
hanya manusia..seperti kata yg lain. ada apa yg berbeda? Hati.
Mereka hanya manusia..seperti yg lain..mulut mengata tanpa berfikir.
aku hanya manusia..seperti lain aku mencari.
mereka pun hanya manusia..tetapi kenapa sukar mengerti.
datang dan pergi dikatakn lumrah..
mengapa hati yg dicalar tiada istilah?

mencari bukan yg sempurna,
ada apa yg sempurna di dunia dan macam mana yg dikira sempurna?
hati org mana dapat baca..
hati org sentiasa berubah..
hari ini bisikkan kata2 indah hanya untukku yg dijanjikn..
mengapa esok harinya..
tangan perempuan lain digengamnya erat..
hidup membuatku tahu..
bahawa semakin tinggi harapan..
semakin sakit terasa hati apabila ia punah..
aku berhenti berharap..
tp xpnah berhenti mencari..
setiap yg datang..
aku tahu akan pergi..
menghalang?penat.malas.
biar saja ia pergi..pasti..akan ada yg lebih baik..
kata org..
aku hanya hawa yg boleh dipungut dimana jalan saja..
bagi aku..
org tu hawa yg pasti seksa didera di akhirat..
dayus!
pasti aku diam sahaja..
untuk apa bertekak dgn org yg bersifat binatang,
mempunyai otak tnpa akal fikiran..
simpati..
untukku pada mu.
menjatuhkn org lain untuk merasa hebat.
air liur aku tidak pantas dibazirkn untuk org seperti kamu..
adam..
kamu menggangap aku boneka..
tnpa hati dan perasaan..
maka..
bg ku..
kau hanya mainan..
yg harus dibuang byla dh rosak..
xberbaloi untuk dibaiki..
dunia ini tidak pernah akan adil..
jadi pantaskah?kita..manusia mengadili org laen?
penat..lelah menjadi mangsa..
bg ruang aku berkuasa..
biar kau tahu..
aku pun sama..
boleh memberi dan mengambil...

Tentang Hati



Hati?

..berdegup..mengepam,tapi tanpa darah,hanya oksigen.Hati tanpa darah? kaku kebas kebal dan tak bernyawa. Menjadi kebal atas tikaman pisau yang menusuk terus ke lubuk hati. Ditikam, ditusuk dan ditambah cuka. Darah membanjiri tubuh tapi hati?..ditingal..kosong, bergema tanpa ruang. Setiap gelak tawa menjadi topeng buat kepedihan dan luka yang dirasai. Setiap senyuman yang terpapar di muka untuk mengaburi pandangan ramai supaya tidak ada yang memberi simpati. Lelah,penat dan lesu..hidup tanpa hati yang sempurna, tapi di dunia..ada apa yang sempurna? Mencintai sepenuh hati sehingga kesakitan yang merempuh hampir membuatkan diri seakan akan bangunan yang kehilangan tiang utama.Mencintai sehingga disakiti,kemudian...cinta dijadikan mainan untuk mengelak keperitan. Mencintai itu untuk menyakiti..Tetapi..cinta itu dadah.buruk.tapi tetap dicari ramai dan kemudian menjadi satu ketagihan. Hidup dengan hati yang kebal? Anugerah pelakon terbaik di gengaman. Senyum tetapi menangis? penat, tak berdaya, lesu, ingin segera berakhir? Menunggu masa. Setiap detik, setiap hari, sepenuh masa tanpa rasa jenuh. Melupakan? parut terpampang!

aku kata..

cinta itu hanya mainan,

cinta tak mungkin buta,

kerana walaubagaimanapun mata hati kita yang memilih,

bodoh,

kerana biarpun disakiti,ditipu,tetapi hati tetap menyayangi,

mencintai,

dan akhir sekali cinta itu..

terlampau bahaya.

Sunday, July 26, 2009

Kepongpong Ingin Menjadi rama-rama.





Terkurung aku.
sesak.

Tersekat aku.
rimas.

Terkongkong aku.
terhad.

Bebasnya mereka,
mewarnai hidup mereka.
mengembangkan sayap mereka.
mencari erti hidup sendiri.

Aku pun pingin kehidupan begitu,
aku pun ingin merasa tiupan angin,
Inginkan merasa pahit dan suka hidup.

Aku mengerti,
aku disayangi dan dijaga rapi,
tetapi lihat,
sudah tiba masa metamorphosis,
kesakitan menahan ruang yang kian menyepit,
boleh kah?
izinkan kepongpong menjadi rama-rama?